Aceh 14hb Jun (hari kedua)
Jam 9.00 pagi, kami berangkat ke Sanggue, Sigli. Perjalanan sejauh 100km lebih mengambil masa 4 jam. Jalan berliku-liku. Tujuan kami ke sana adalah untuk menziarahi dua orang sepupu ayah aku iaitu Pak Rahman dan Pak Ali. Sanggue ni adalah kawasan pedalaman di timur pulau Sumatera. Masih dalam provinsi Aceh. Kami singgah di Pidie untuk menjamu makanan tengahari. Makan masakan Aceh di Restoran Dua Berlian. Selesai menjamu selera, kami bertolak ke Sanggue yang tidak jauh dari Pidie. Di Sanggue kami beramah mesra dengan keluarga di sana. Keadaan yang dhaif menginsafkan kami. Pemandangan dan kehidupan di sini masih banyak yang tertinggal. Mereka menyara hidup dengan bertani, sebahagian besar adalah pesawah. Perjalanan pulang, kami singgah makan mee kepiting (ketam). Besar-besar ketam kat sini. Menyelerakan. Selesai makan, kami bergerak pulang. Sampai di Banda Aceh pada jam 8 malam.
Leave a comment