Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Family’ Category

Eid mubarak 1431 hijrah

leave a comment »

Aku dan family telah pulang ke kampung halaman yang jauh nun di utara Semenanjung Malaya…mana lagi kalau bukan Langkawi.  Tahun ni giliran cuti di pejabat adalah seminggu sebelum raya, jadinya pada Sabtu 11hb September, kami telah pulang ke Langkawi dengan menaiki Air Asia.

Sepanjang berada di Langkawi, kami dapat bekumpul dengan ayah dan keluarga untuk menikmati iftar.  Di samping itu, persiapan raya juga dilakukan berperingkat-peringkat.  Kaum keluarga membuat ketupat, memasak rendang, dan sebagainya.  Julia mengambil kesempatan ini membuat biskut cornflakes dan kek buah.

Pagi Raya Pertama, kami beraya dan bermaafan sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Seusai solat, kami menziarahi pusara mak, tok dan tokwan.

Di rumah, kami telah berhimpun dan bergambar.  Tahun ni, Anas dan keluarga balik ke Langkawi pada hari ketiga.  Abg Hilmi tidak dapat cuti kerana bertugas.

Kami pulang ke Putrajaya pada hari kedua, penerbangan Air Asia pada sebelah malam.  Kepulangan kami disambut oleh Steve.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelana Jaya dan menziarahi pusara ayah mentua.  Kemudian, meneruskan perjalanan menziarahi saudara yang sakit di Hospital Sg Buluh.

Sebelah petang, kami menziarahi Jep dan mentuanya di Gombak.  Hampir Asar, kami tiba di rumah mak mentua.  Sepanjang minggu ini, aku dan Julia akan tinggal di rumah mentua kerana taska Sofea masih lagi bercuti.  Kami meminta mak mentua menjaga Sofea untuk tempoh seminggu ini.

Aidilfitri kali ini memang meriah, terutama di Langkawi.  Menerima kunjungan saudara, jiran dan kawan-kawan.  Kami juga berkesempatan menziarahi keluarga di sekitar Langkawi.

Raikan Aidilfitri selama sebulan.  Eratkan silaturrahim sesama kita.  Tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

Advertisements

Written by pitt

September 13, 2010 at 9:16 am

Posted in Bola sepak, Family, Langkawi, Nilai hidup

Tagged with ,

Zakat fitrah

with 2 comments

Minggu lepas, selesai solat tarawikh (seperti selalu aku buat lapan rakaat dan witir).  Aku berkesempatan membayar zakat fitrah untuk tahun ni kat Masjid Besi.  Kadar fitrah untuk tahun ni di Putrajaya adalah RM7.00 seorang.  Jadi aku membayar RM21.00 untuk aku sekeluarga.  Alhamdulillah.

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Diwajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum hari raya maka ia menjadi zakat fitrah yang maqbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”.

Written by pitt

September 2, 2010 at 12:00 pm

Iftar di luar

leave a comment »

Pada hari Khamis lepas, aku, Julia dan Sofea telah berbuka puasa di Bayou kat Alamanda.  Buffet Ramadhan RM39.00 sorang.  Pada mulanya Julia merancang dengan dua orang staffnya untuk berbuka di situ, tetapi pada minit akhir hanya kami bertiga sahaja yang berbuka.  Masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Oleh kerana Julia telah buat reservation, maka kami perlu hadir ke sana.

Lauk-pauk yang dihidangkan menyelerakan.  Berbuka sedikit dahulu, kemudian aku terus ke surau untuk solat Maghrib.  Selesai solat, aku sambung balik makan.  Macam-macam ada! Kambing bakar, tempura, mee rebus, spaghetti tomyam dan lain-lain lagi.

______________________________________

Pihak OUM telah menganjurkan majlis iftar staff kumpulan Meteor.  Seperti biasa, sumbangan raya dan zakat diberikan.  Ada dua persembahan nasyid, tazkirah dan bacaan al-Quran.  Aku & rakan-rakan telah mempersembahkan sebuah lagu nasyid kepada tetamu yang hadir.  Solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah telah diadakan.  Kali ini, jamuan nasi minyak kepada semua yang hadir.

______________________________________

Shahril telah sudi menjadi tuan rumah untuk pot luck iftar tahun ini.  Staff tempat aku bekerja saban tahun akan membuat majlis iftar, samada secara pot luck atau makan buffet.  Tahun ni Julia telah membuat ikan kembung rebus + air asam.  Ada rakan-rakan yang menyumbangkan ayam golek, ulam-ulaman, kuih-muih dan sebagainya.  Majlis iftar selesai lebih kurang jam 9.30 malam.

______________________________________

Tahun ini, Cik Aman dan Cik Ana telah merancang berbuka puasa di Dewan Perdana Felda.  Kami tiba pada jam 7.15 malam.  Yang membuatkan aku teruja adalah kerana meja makan aku berdekatan dengan gerai kambing golek.  Hahahaha…  Di sini hidangan sebanyak 88 jenis makanan.  Tapi tak semua aku makan.  Makanan di Felda ni memang mantap dan tidak mengecewakan.  Pelbagai masakan kampung dihidangkan.  Jam 9.30 malam, kami pulang ke rumah dengan kekenyangan.

Mohon maaf gambar tak der, sebab sibuk mencuba pelbagai jenis masakan. Hahahahaha…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kurniaan rezekiNya.

Written by pitt

August 23, 2010 at 1:52 pm

Iftar di rumah mentua

leave a comment »

Sabtu lepas, lepas bekerja aku ke rumah mentua untuk berbuka puasa dengan mentua dan adik ipar.  Majlis disertai juga oleh Cik Aman dan family dari Setiawangsa.  Julia masak daging salai dan keli masak lemak (pakej segera dari frozen mart).  Ditambah lagi dengan bubur lambok dan pengat pisang dari gerai Che Ida.  Juga kuih buah melaka kegemaran aku.  Cik Aman membawa mee goreng dan bubur lambok Kampung Baru sebagai juadah tambahan.  Kami berbuka dengan santai sambil berbual-bual.  Cik Aman memang rapat dengan kami sekeluarga.  Orangnya mudah dibawa berbincang dan cool. Rancangan untuk iftar di Dewan Felda dibincang bersama dan masing-masing bersetuju dengan tarikh 22hb Ogos yang dipilih oleh Cik Ana.

Jam 10.30 malam kami pulang semula ke Putrajaya.  Alhamdulillah, syukur kerana dapat meluangkan masa berharga bersama keluarga untuk iftar ini.

Written by pitt

August 16, 2010 at 3:42 pm

Ayam golek Nara

leave a comment »

Selepas mengambil Wani di Kolej Kejururawatan PPUM pada petang semalam, aku singgah beli ayam golek Nara kat Pantai Dalam.  Masa aku sampai orang dah ramai beratur walaupun dalam hujan renyai-renyai.  Aku parkir kereta di susur jalan dan terus menyertai line.  Tengok harga, masih tak berubah macam tahun lepas.  Walaupun dok kecoh harga ayam melambung, tapi depa tetap juai pada harga RM18 seekor. Menunggu tak lama, terus sampai giliran aku.  Selepas membayar, aku terus bergerak ke kereta dan memandu meredah hujan di petang Ramadhan ini.

Malam tu kami sekeluarga berbuka puasa dengan beberapa jenis hidangan.  Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah yang memudahkan urusan hamba mu pada hari ini dan mengurniakan kemurahan rezeki.

___________________

Hujan masih renyai-renyai di luar, Sabri tak balas pulak SMS aku.  Aku masuk kereta dan menghidupkan enjin.  Kemudian terus telefon Sabri.  “Kalau ke Masjid Besi nak la saya, boleh parking kat basement, tak kena hujan”,  ujar Sabri.  “OK” aku jawab ringkas dan meminta dia menunggu di rumah, aku akan menjemput dia.  Malam ni kami solat isyak dan terawih diimamkan oleh imam dari Syria.  Macam malam sebelum tu, kami buat lapan rakaat jer dan disudahi dengan sunat witir.

Lepas solat terawih, kami bergerak ke Restoran Ali Maju untuk supper.  Jam hampir 12, aku baru sampai ke rumah.  Esok nak kerja….

Written by pitt

August 14, 2010 at 11:33 am

1 Ramadhan

leave a comment »

Jam 4 pagi, aku dan Julia bangun sahur.  Makan yang simple jer, nasi putih dan ikan merah goreng bawang.  Aku ni paling liat nak makan sahur.  Selalunya, awal Ramadhan jer bersahur nasi.  Selang seminggu aku hanya bersahur kuih atau roti saja.

Hari pertama puasa ni, aku beli kuih buah melaka.  Ini memang favourite aku selain kuih koci.  Julia pulang dari pejabat agak lewat, jadi aku decide beli je la kat bazar Ramadhan di belakang Mydin Presint 15.

Jam 7.28 malam, waktu berbuka telah masuk.  Kami berbuka dengan buah kurma dulu.  Ikut amalan sunnah Rasulullah.  Lepas tu baru makan nasi bukhara dan nasi ayam penyek.

Syukur kepada Allah Taala memudahkan urusan puasa dan mengurniakan rezeki kepada kami. Amin

Written by pitt

August 12, 2010 at 4:09 pm

Posted in Bleach Journal, Family

Tagged with ,

Hampir Ramadhan

leave a comment »

Tak lama lagi Ramadhan menjelma.  Rindu aku pada arwah mak datang menerpa.  Teringat juadah mak untuk berbuka.  Antaranya nasi kerabu, gulai keladi, buah melaka, cucuq kurma, ayaq timun dan sirap selasih.

Setiap kali mak kejutkan bangun soq (sahur), aku adalah anak mak yang liat bangun…hehehehe…  Mak pesan, bangunlah sahur supaya nanti tak penat waktu berpuasa di siang hari.  Kadang-kala aku cuma bangun minum teh dan makan cucuq saja.

Banyak kenangan bersama arwah mak.  Moga mak bahagia di sana. Amin.

Written by pitt

July 27, 2010 at 10:41 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Nilai hidup

Tagged with , ,