Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Aku’ Category

KPI

leave a comment »

KPI* dah diisi, dah diedit beberapa kali dan telah dihantar sejak semalam.  Boss belum panggil lagi ni.  Jam dah dekat pukul 3.00 pm.

*Key Performance Index

Advertisements

Written by pitt

January 14, 2011 at 3:03 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office

Liverpool oh Liverpool!

leave a comment »

Minggu lepas dan minggu ni amat thrill bagi penyokong-penyokong Liverpool.  Macam-macam drama berlaku.  Aku tak mau ulas lanjut sebab cerita tentang Liverpool ni bersepah kat internet.  Apa-apa pun aku & penyokong Liverpool lain mengharapkan ‘at the end of the storm, is a golden sky’.

You’ll never walk alone.

 

Written by pitt

October 11, 2010 at 4:59 pm

Secangkir nescafe, sebungkus nasi lemak

leave a comment »

Hujan di luar sana

Suasana dingin menerpa perjalanan ke pejabat

Makcik menjual nasi lemak berpayung mencari rezeki

Setia di tepi jalan menunggu pelanggan

Ada yang tetap, ada yang tidak

Pesanan diterima, duit bertukar tangan

Di pejabat, nasi dijamah bersama teman

Nescafe panas sebagai peneman

Aromanya begitu asyik

Dapat menyegarkan pagi yang suram

Kuala Lumpur – 17hb September 2010

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:49 am

2 hari tanpa kafein

with 2 comments

Masuk hari ni, dah dua hari aku tidak meneguk minuman berkafein.  Kepala dah berat, badan dah lesu.  Nanti bercadang pulang dari pejabat, aku nak singgah beli susu pekat satu tin.  Petang ni aku merancang minuman nescafe istimewa yang kaw-kaw dan kurang manis!

Kat rumah, aku sorang jer yang minum nescafe. Sofea kata tu minuman orang tua-tua. Hehehehe…

nescafe ais power!

Written by pitt

August 12, 2010 at 4:16 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Merapu

Tagged with

XPDC ke Hutan Royal Belum

leave a comment »

Pada 30hb Julai – 2hb Ogos ni aku & rakan-rakan dari tempat kerja akan berekspedisi ke Hutan Royal Belum, Perak.  Beberapa kelengkapan telah disediakan.  Excited kali ni kerana sudah lama tak mengikuti aktiviti outdoor.  Tengahari semalam, aku, Nahar dan Sham pi beli kasut getah kat Chow Kit.  Kasut ni walaupun murah, sekitar RM7.00 tapi amat dipercayai.  Ini diakui sendiri oleh Nahar yang menggunakan kasut ini semasa xpdc panjat Gunung Kinabalu pada tahun 2007.  Checklist yang belum ada/ beli:  torchlight, spray baygon (persediaan menghadapi pacat dan lintah) dan pisau.

Written by pitt

July 28, 2010 at 9:51 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Trip

Tagged with , ,

Hampir Ramadhan

leave a comment »

Tak lama lagi Ramadhan menjelma.  Rindu aku pada arwah mak datang menerpa.  Teringat juadah mak untuk berbuka.  Antaranya nasi kerabu, gulai keladi, buah melaka, cucuq kurma, ayaq timun dan sirap selasih.

Setiap kali mak kejutkan bangun soq (sahur), aku adalah anak mak yang liat bangun…hehehehe…  Mak pesan, bangunlah sahur supaya nanti tak penat waktu berpuasa di siang hari.  Kadang-kala aku cuma bangun minum teh dan makan cucuq saja.

Banyak kenangan bersama arwah mak.  Moga mak bahagia di sana. Amin.

Written by pitt

July 27, 2010 at 10:41 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Nilai hidup

Tagged with , ,

Team mana aku nak support nih?

leave a comment »

12hb Julai 2010 akan berlangsung final WC 2010 antara Belanda dengan team samada Germany atau Spain.  Belanda dah menang pagi tadi selepas mengalahkan Uruguay…bye bye Forlan, dengan jaringan 3-2.

Dalam kesibukan WC nie depa ari-ari dok cerita tentang keletah si sotong bernama Paul tu.  Sotong tu memilih Spain mengatasi Gemany.  Aku tak percaya perkara tahyul ni.  Sekadar hiburan boleh la.  Ada jugak yang mengkhabarkan perlawanan WC kali ni diatur oleh bookie.  Insiden seperti bola masuk tidak dikira gol (jaringan Lampard semasa England tumpas kepada Germany).  Tampanan Suarez semasa cubaan jaringan gol oleh pasukan Ghana.  Bunyi vuvuzela yang bingit (FIFA kata nak kaji pengharaman….wahai encik Blatter, WC 2010 dah nak masuk final dah…tak abih kaji lagi ka?).  bintang-bintang seperti Messi dan Rooney yang tidak menjaringkan gol, dan pelbagai lagi peristiwa kat South Africa tu.  WC 2010 telah mengurangkan tense mengenai hal ehwal politik yang entah apa-apa, krisis ekonomi di Eropah, perang di Afghanistan dan macam-macam lagi.

WC 2010 kali ni pun bagi aku kurang best dengan kurangnya jaringan gol. Bola yang entah apa-apa direka oleh Adidas.

Ayuh, warga bola mari kita raikan final pada 12hb Julai nanti.  Aku pilih team Belanda untuk memenangi WC 2010 kali ni.

Written by pitt

July 7, 2010 at 6:38 pm