Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Bleach Journal’ Category

KPI

leave a comment »

KPI* dah diisi, dah diedit beberapa kali dan telah dihantar sejak semalam.  Boss belum panggil lagi ni.  Jam dah dekat pukul 3.00 pm.

*Key Performance Index

Advertisements

Written by pitt

January 14, 2011 at 3:03 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office

Sofea ke tadika Alif Ceria

with 2 comments

Posting pertama untuk tahun 2011.

Hari Isnin baru ni aku menghantar Sofea ke Tadika Alif Ceria.  Tahun ni umur Sofea dah lima tahun (birthday lambat lagi…bulan Oktober nanti).  Tadika ni tidak jauh dari rumah.   Minggu ni orientasi dijalankan.  Kelas akan bermula minggu depan.  Aku tunggu sekejap, lihat gelagat Sofea.  Alhamdulillah Sofea dapat menyesuaikan diri, walaupun pada mulanya agak malu-malu.

Dalam kereta, Sofea rancak bercerita tentang tadika, teacher dan kawan baru.

“Ayah doakan Sofea akan dapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Sofea, amin.”

Written by pitt

January 5, 2011 at 2:48 pm

Posted in Bleach Journal, Nilai hidup, Sofea

Tagged with

Liverpool oh Liverpool!

leave a comment »

Minggu lepas dan minggu ni amat thrill bagi penyokong-penyokong Liverpool.  Macam-macam drama berlaku.  Aku tak mau ulas lanjut sebab cerita tentang Liverpool ni bersepah kat internet.  Apa-apa pun aku & penyokong Liverpool lain mengharapkan ‘at the end of the storm, is a golden sky’.

You’ll never walk alone.

 

Written by pitt

October 11, 2010 at 4:59 pm

Secangkir nescafe, sebungkus nasi lemak

leave a comment »

Hujan di luar sana

Suasana dingin menerpa perjalanan ke pejabat

Makcik menjual nasi lemak berpayung mencari rezeki

Setia di tepi jalan menunggu pelanggan

Ada yang tetap, ada yang tidak

Pesanan diterima, duit bertukar tangan

Di pejabat, nasi dijamah bersama teman

Nescafe panas sebagai peneman

Aromanya begitu asyik

Dapat menyegarkan pagi yang suram

Kuala Lumpur – 17hb September 2010

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:49 am

16hb September

leave a comment »

Semalam adalah 16hb September, dikenali sebagai Hari Malaysia.   Rakyat Malaysia menyambut ulangtahun pembentukan Malaysia.  Buat pertama kalinya, kerajaan memberi cuti umum.  Cuti umum ini aku ambil kesempatan menziarahi saudara mara sempena Aidilfitri.

Thank you to all the fallen comrades yang berjuang membebaskan ibu pertiwi dari penjajah.  Moga Allah merahmati kalian.  Siapa kata, kita merdeka tanpa pertumpahan darah?

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:41 am

Post-aidilfitri

leave a comment »

Aku dah masuk ke pejabat sejak Isnin yang lalu.  Di pejabat, suasana bosan kerana ramai lagi yang bercuti panjang.  Bila cuti raya ni, masalah utama adalah nak cari kedai makan.  Maklumlah, kedai makan di KL rata-rata dimiliki oleh perantau.  Setiap kali cuti raya, kedai-kedai makan ditutup untuk tempoh yang lama.  Alternatifnya, beli burger kat McD.

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:36 am

Zakat fitrah

with 2 comments

Minggu lepas, selesai solat tarawikh (seperti selalu aku buat lapan rakaat dan witir).  Aku berkesempatan membayar zakat fitrah untuk tahun ni kat Masjid Besi.  Kadar fitrah untuk tahun ni di Putrajaya adalah RM7.00 seorang.  Jadi aku membayar RM21.00 untuk aku sekeluarga.  Alhamdulillah.

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Diwajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum hari raya maka ia menjadi zakat fitrah yang maqbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”.

Written by pitt

September 2, 2010 at 12:00 pm