Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Posts Tagged ‘birthday

Aku dah 32 tahun

with 7 comments

semalam 1hb november 2008 genap umoq aku 32 tahun. alhamdulillah kerana Allah Taala masih memberikan aku nafas, kesihatan, keluarga dan macam-macam lagi kat dunia ni selama 32 tahun ni.  my wife julia hadiahkan edt boss selection untuk besday aku kali ni.  hadiah ni aku dah dapat dan guna sejak seminggu lalu. beli kat parkson alamanda. thanks my dear…

acara makan-makan kat pizza telah berlangsung masa lunch. kami sekeluarga makan pizza super supreme, chicken soup, hut’s platter, spgahetti bolognaise & pepsi. fuhh, sedap sehingga licin pinggan. sofea paling suka makan chicken soup & hut’s platter.

Written by pitt

November 2, 2008 at 4:37 pm

Posted in Aku

Tagged with

Happy birthday Sofea Nurhidayah

leave a comment »

Khamis lepas (23.10.2008) genap 2 tahun umur sofea nurhidayah. alhamdulillah segala pujian kepada Allah Taala. Majlis sambutan telah dibuat di taska. sebuah kek telah dibeli di secret recipe dan belon dibeli di carrefour. sofea, maaf kerana ayah dan ummi tak dapat hadir sambutan tersebut. ayah ada sambutan hari raya di office dan ummi perlu menghadiri kelas di INTAN.

sofea nurhidayah, kehadiranmu menceriakan keluarga ini. gelak tawa, tangisan dan gelagatmu mengisi hari-hari ayah dan ummi.

sofea…doa dan harapan kami agar dikau menjadi anak yang solehah, beriman, berilmu, santun tingkah laku dan berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat, amin.

Written by pitt

October 28, 2008 at 11:47 am

Posted in Sofea

Tagged with