Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Sofea’ Category

Sofea ke tadika Alif Ceria

with 2 comments

Posting pertama untuk tahun 2011.

Hari Isnin baru ni aku menghantar Sofea ke Tadika Alif Ceria.  Tahun ni umur Sofea dah lima tahun (birthday lambat lagi…bulan Oktober nanti).  Tadika ni tidak jauh dari rumah.   Minggu ni orientasi dijalankan.  Kelas akan bermula minggu depan.  Aku tunggu sekejap, lihat gelagat Sofea.  Alhamdulillah Sofea dapat menyesuaikan diri, walaupun pada mulanya agak malu-malu.

Dalam kereta, Sofea rancak bercerita tentang tadika, teacher dan kawan baru.

“Ayah doakan Sofea akan dapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Sofea, amin.”

Written by pitt

January 5, 2011 at 2:48 pm

Posted in Bleach Journal, Nilai hidup, Sofea

Tagged with

Maal Hijrah 1431

with one comment

Semalam, hari cuti umum sempena Maal Hijrah.  Aku bangun awal untuk membasuh kereta…punya la rajin sehingga dapat basuh dua buah pagi ni…hehehe..Hampir tengahari, aku menyediakan kolam mandi yang dibeli kat Toys R Us untuk Sofea.  Punya la best dia main.. sampai kecut jari… Julia masak gulai daging hari ni utk lunch.  Sedap sehingga aku ratah lagi daging tu. Hahahaha…

Lewat petang, aku telefon Tawi, sorang carpenter utk discuss tentang membaiki bumbung polycarbonate yang bocor & pasang downlight.  Dia cuma boleh buat kerja-kerja tu pertengahan Januari nanti.  Sibuk katanya.

Jam 6 pm, kami sekeluarga ke Nilai Square untuk membeli lukisan, tapi tak der yang menarik.  lantas ke kami begerak ke Nilai 3.  Di sana, kami ke kedai Kabulena.  Di sini, pelbagai lukisan dipamerkan dari.  Kebanyakan berasaskan oil painting.  Kami beli lukisan pemandangan Mediterranean, abstrak dan hiasan kalimah Allah & Muhammad.  Pemilik kedai yang baik hati, Hishamudin telah menghadiahkan kami sekeping gambar Mediterranean-Morrocan.  Alhamdulillah & terima kasih.

Setelah selesai membeli lukisan, kami singgah sebentar di rumah untuk menyimpan lukisan-lukisan tu.  Teruskan perjalanan ke rumah mentua.  Singgah sekejap kat KFC di Petaling Jaya untuk menikmati twister.  Sedap!

Written by pitt

December 19, 2009 at 10:53 am

Sofea Nurhidayah

with one comment

with ayah & mummy

with ayah & mummy

learning process...play with slide show
learning process…play with slide show
banyaknyer!

banyaknyer!

Written by pitt

November 9, 2008 at 1:16 pm

Posted in Sofea

Tagged with

Happy birthday Sofea Nurhidayah

leave a comment »

Khamis lepas (23.10.2008) genap 2 tahun umur sofea nurhidayah. alhamdulillah segala pujian kepada Allah Taala. Majlis sambutan telah dibuat di taska. sebuah kek telah dibeli di secret recipe dan belon dibeli di carrefour. sofea, maaf kerana ayah dan ummi tak dapat hadir sambutan tersebut. ayah ada sambutan hari raya di office dan ummi perlu menghadiri kelas di INTAN.

sofea nurhidayah, kehadiranmu menceriakan keluarga ini. gelak tawa, tangisan dan gelagatmu mengisi hari-hari ayah dan ummi.

sofea…doa dan harapan kami agar dikau menjadi anak yang solehah, beriman, berilmu, santun tingkah laku dan berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat, amin.

Written by pitt

October 28, 2008 at 11:47 am

Posted in Sofea

Tagged with