Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Posts Tagged ‘south africa

Team mana aku nak support nih?

leave a comment »

12hb Julai 2010 akan berlangsung final WC 2010 antara Belanda dengan team samada Germany atau Spain.  Belanda dah menang pagi tadi selepas mengalahkan Uruguay…bye bye Forlan, dengan jaringan 3-2.

Dalam kesibukan WC nie depa ari-ari dok cerita tentang keletah si sotong bernama Paul tu.  Sotong tu memilih Spain mengatasi Gemany.  Aku tak percaya perkara tahyul ni.  Sekadar hiburan boleh la.  Ada jugak yang mengkhabarkan perlawanan WC kali ni diatur oleh bookie.  Insiden seperti bola masuk tidak dikira gol (jaringan Lampard semasa England tumpas kepada Germany).  Tampanan Suarez semasa cubaan jaringan gol oleh pasukan Ghana.  Bunyi vuvuzela yang bingit (FIFA kata nak kaji pengharaman….wahai encik Blatter, WC 2010 dah nak masuk final dah…tak abih kaji lagi ka?).  bintang-bintang seperti Messi dan Rooney yang tidak menjaringkan gol, dan pelbagai lagi peristiwa kat South Africa tu.  WC 2010 telah mengurangkan tense mengenai hal ehwal politik yang entah apa-apa, krisis ekonomi di Eropah, perang di Afghanistan dan macam-macam lagi.

WC 2010 kali ni pun bagi aku kurang best dengan kurangnya jaringan gol. Bola yang entah apa-apa direka oleh Adidas.

Ayuh, warga bola mari kita raikan final pada 12hb Julai nanti.  Aku pilih team Belanda untuk memenangi WC 2010 kali ni.

Written by pitt

July 7, 2010 at 6:38 pm

Demam belum kebah

with 2 comments

World Cup 2010 dah hampir ke penghujung.  Keputusan di luar jangka seperti Perancis dan Itali gagal di pusingan pertama. England gagal ke suku akhir walaupun mereka adalah favourite team. Ghana melangkah ke suku akhir selepas menewaskan USA.  Aku adalah penyokong Argentina untuk World Cup kali ni.  Alhamdulillah, mereka telah berjaya ke suku akhir dan akan bertemu Jerman.  Ada yang mengatakan ini seperti perlawanan ulangan final 1990.  Bagi aku, itu adalah sejarah.  Sekarang ini, generasi emas Argentina sudah bersedia untuk melakar sejarah baru.  Aku optimis? Yup, aku memang optimis.

Written by pitt

June 29, 2010 at 10:16 am