Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Posts Tagged ‘aidilfitri

Eid mubarak 1431 hijrah

leave a comment »

Aku dan family telah pulang ke kampung halaman yang jauh nun di utara Semenanjung Malaya…mana lagi kalau bukan Langkawi.  Tahun ni giliran cuti di pejabat adalah seminggu sebelum raya, jadinya pada Sabtu 11hb September, kami telah pulang ke Langkawi dengan menaiki Air Asia.

Sepanjang berada di Langkawi, kami dapat bekumpul dengan ayah dan keluarga untuk menikmati iftar.  Di samping itu, persiapan raya juga dilakukan berperingkat-peringkat.  Kaum keluarga membuat ketupat, memasak rendang, dan sebagainya.  Julia mengambil kesempatan ini membuat biskut cornflakes dan kek buah.

Pagi Raya Pertama, kami beraya dan bermaafan sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Seusai solat, kami menziarahi pusara mak, tok dan tokwan.

Di rumah, kami telah berhimpun dan bergambar.  Tahun ni, Anas dan keluarga balik ke Langkawi pada hari ketiga.  Abg Hilmi tidak dapat cuti kerana bertugas.

Kami pulang ke Putrajaya pada hari kedua, penerbangan Air Asia pada sebelah malam.  Kepulangan kami disambut oleh Steve.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelana Jaya dan menziarahi pusara ayah mentua.  Kemudian, meneruskan perjalanan menziarahi saudara yang sakit di Hospital Sg Buluh.

Sebelah petang, kami menziarahi Jep dan mentuanya di Gombak.  Hampir Asar, kami tiba di rumah mak mentua.  Sepanjang minggu ini, aku dan Julia akan tinggal di rumah mentua kerana taska Sofea masih lagi bercuti.  Kami meminta mak mentua menjaga Sofea untuk tempoh seminggu ini.

Aidilfitri kali ini memang meriah, terutama di Langkawi.  Menerima kunjungan saudara, jiran dan kawan-kawan.  Kami juga berkesempatan menziarahi keluarga di sekitar Langkawi.

Raikan Aidilfitri selama sebulan.  Eratkan silaturrahim sesama kita.  Tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

Written by pitt

September 13, 2010 at 9:16 am

Posted in Bola sepak, Family, Langkawi, Nilai hidup

Tagged with ,

Eid Mubarak dari Putrajaya

leave a comment »

Salam aidilfitri 1430H

Rasanya dah hampir sebulan aku tak post apa-apa artikel kat blog aku ni.  Malas adalah alasan yang tepat. Hehehehe….

Hari ni aku kerja lagi…kat opis aku hari ni empat orang jer yang tinggai utk menutup pintu opis petang ni, aku, kak Yan, Kat dan boss aku, puan RR.  Tahun ni giliran aku untuk bekerja sehingga minggu terakhir Ramadhan.  Begitulah bila bekerja di opis yang 100% Islam.  Kena la bergilir-gilir cuti.  Bagi aku, perkara tersebut tidak menjadi masalah kat aku. Masa menunggu keputusan SPM & STPM dulu, aku kena kerja pada hari raya pertama dan kedua.  Lagi sedih….tak dapat enjoy raya macam orang lain.

Plan raya tahun ni, kami dah plan untuk bermalam di rumah yang aku duduki sejak minggu akhir Februari lalu.  So, this is our first raya celebration at our new house. Pepagi raya, kami akan ke Kelana Jaya untuk solat sunat aidilfitri dan beraya di rumah mak mentua aku.  Lain-lain aktiviti belum dirancang, mungkin selepas sarapan di rumah mentua, baru kami akan merencana akitivti ziarah.  Pagi raya kedua, aku, Julia dan Sofea akan balik Langkawi.

Tahun ni, zakat fitrah untuk negeri Wilayah Pesekutuan adalah RM7.00 seorang.  Alhamdulillah, dah bayar pada minggu pertama Ramadhan lalu di Masjid Wilayah.

Di kesempatan ini, aku dan family ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua.  Moga kita semua senantiasa dalam rahmat Allah Taala.

Salam Eid Mubarak 1430 Hijrah.

~Pitt, Julia, Sofea NurHidayah~

Written by pitt

September 18, 2009 at 10:07 am

sambutan aidilfitri @ OUM

leave a comment »

Acara wajib tempat kerja aku setiap tahun…satu Majlis Sambutan Aidilfitri telah diadakan di office aku, OUM pada hari khamis (23.10.2008). sambutan Aidilfitri pada kali ini diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Pro-Canselor OUM Tan Sri Azman Hashim dan isteri serta Datuk Ir Hj Ahmad Zaidee Laidin (member-board of director).  Jam 12 tengahari para staf mula mengambil tempat.

Aneka juadah tersedia untuk staf dan tetamu yang hadir. ada charkoteow, pasembor, murtabak singapore, nasi beriyani gam, kambing panggang (my favorite), capati, lemang, teh tarik, cendol dan macam-macam lagi la yang best-best!.

Pada majlis kali ni aku dan kawan-kawan membuat persembahan nasyid. Opening lagi tuh! Kami nyanyi lagu Menyambut Aidilfitri dan Mari menuntut ilmu. Sebenarnya aku dan kawan-kawan terlibat nasyid ni sejak ramadhan yang lalu apabila kami buat persembahan untuk Majlis Berbuka Puasa OUM. Ramai jugak staf yang menunjukkan bakat menyanyi lagu-lagu raya dan lagu malar segar dan popular. Meriah betui la majlis kali ni.

Alhamdulillah cuaca agak baik walaupun gerimis sepanjang program pada hari ni. Masin-masing pulang dengan hati yang gembira dan puas. Dan yang penting kenyang…hehehe 😉

Click link untuk lihat gambar (courtesy of CRU OUM).

Written by pitt

October 28, 2008 at 11:51 am

Posted in Aku, OUM

Tagged with

raya lagi

leave a comment »

tengahari semalam selepas hujan agak reda…aku, julia dan sofea p open house anjuran nazli a.k.a oniy kat rumah baru dia kat seksyen 3 tambahan bb bangi. ada macam-macam hidangan. ada lemang, spaghetti, dan kuih-muih. sambil makan-makan kami berbual-bual santai. lepas ziarah rumah nazli kami terus balik rumah pasai ada sedara nak mai beraya di rumah.

jam 5.00 petang, pak gee & family datang ziarah. julia masak koteow ladna yg sedap tahap maksima. sedang berborak-borak, ayah mentua aku dan family sampai. mak mentua bawak sambal siput lala dan ketam yg diperap untuk makan malam. jep & family sampai. depa semua mai beraya. jep tidor sini sbb esok (ahad) kena stanby standby kalau-kalau company dia di cyberjaya call utk bertugas. pak gee beransur pulang ke shah alam.

julia begitu sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk makan malam. kami makan ramai-ramai, sedap dan  menyelerakan.

jam 10 malam, ayah mentua pulang. aku dan jep layan bola kat astro. liverpool vs wigan. livepool menang 3-2 selepas dua kali ketinggalan. dah banyak kali game liverpool ketinggalan dan berjaya membuat comeback! aku sbg penyokong tegar liverpool sesak nafas jugak tengok liverpool main macam ni. thanks to our unsung heroes: kuyt & reira who save our afternoon (u.k. time).

jam 12 malam aku masuk tidor..esok nak kerja.  zzzzz…

Written by pitt

October 19, 2008 at 2:56 pm

Posted in Family

Tagged with