Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Office’ Category

KPI

leave a comment »

KPI* dah diisi, dah diedit beberapa kali dan telah dihantar sejak semalam.  Boss belum panggil lagi ni.  Jam dah dekat pukul 3.00 pm.

*Key Performance Index

Advertisements

Written by pitt

January 14, 2011 at 3:03 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office

Post-aidilfitri

leave a comment »

Aku dah masuk ke pejabat sejak Isnin yang lalu.  Di pejabat, suasana bosan kerana ramai lagi yang bercuti panjang.  Bila cuti raya ni, masalah utama adalah nak cari kedai makan.  Maklumlah, kedai makan di KL rata-rata dimiliki oleh perantau.  Setiap kali cuti raya, kedai-kedai makan ditutup untuk tempoh yang lama.  Alternatifnya, beli burger kat McD.

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:36 am

PC oh PC!

leave a comment »

Dah 3 hari PC aku kat ICT department, pasai kena virus.  Dah tahap kronik dan perlu diformat baru.  Tadi aku call depa tanya dah siap ka belum? “Dah siap, hang boleh mai ambik.” jawab seseorang dari ICT.  Sekoyong-koyong aku naik ambik dan bawak turun dari level 3.  Bila dah selesai pasang PC kat workstation aku tu, aku on dan belek2 la apa yang patut. Hmm…kena install beberapa application lain.  “Mun, mintak tolong connect dgn network, install virtua, MO2007, bla…bla….bla”, pinta aku kat Mun.

_____________________________

“Pitt depa tak format pun PC hang ni.  Virus banyak lagi ni!”, tegas Mun.  “Depa cuma reinstall ja”, sambung Mun lagi tanpa aku minta penjelasan lanjut.

“Hang buat la apa yang patut, janji ok”, balas aku.

Nasib baik hari ni, Shahril cuti boleh la aku menggunakan PC kat tempat dia untuk membuat kerja.

Written by pitt

August 19, 2010 at 10:19 am

Lega…

leave a comment »

Alhamdulillah, tungkus lumus converting & uploading past exam papers (Jan 2009) telah selesai petang ni.  Lega…sesangat!  Pelajar dah boleh download soalan-soalan untuk rujukan depa.  TQ to SE, Mi and Wan yang turut membantu.

Written by pitt

July 3, 2009 at 6:02 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office, OUM

Tagged with

Blues Petang Selasa

with 2 comments

Hari ni officemate aku, Ila belanja makan nasik lemak sambal ikan bilis + telor mata kerbau. Thank you.  Tapi makan lewat skit lar coz aku masuk kerja jam 11 pagi.  Jam 8 malam baru la bleh balik rumah.  Hari ni kerja dengan Kat.  Petang ni sunyi jer library.  Kalau hari-hari macam ni syok la…bleh concentrate kerja-kerja office yang berlambak ni.  Sejak pagi tadi dok upload past exam papers tak abih-abih lagi. Penat dan mata pon dah ngantuk bangat ni.  

Hari ni dah dua hari pelajar-pelajar praktikal UiTM di bawah seliaan aku.  Aku explain kat depa tentang intralibrary loan & document delivery services.  Aku beri Aina, Wan dan Ijatt tugasan skit.  Alhamdulillah depa bleh buat kerja with minimum supervision.  Baguih la product from my old school (FIM).

Written by pitt

June 23, 2009 at 5:46 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office, OUM

Tagged with ,

Book shelving

leave a comment »

All the new shelves have been installed.  This morning, me & colleagues re-shelving the physical books in the library.  Some books are very heavy due to the hard cover binding & thick, dusty (student tak pinjam pun!), torn, etc.

Written by pitt

April 30, 2009 at 12:06 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office, OUM

Tagged with ,

Aktiviti minggu lepas

leave a comment »

Hari Isnin (20hb April 2009), aku telah ditugaskan mengiringi pensyarah-pensyarah FST ke KLIBF di PWTC.  Setengah hari di sana, letih jugak berjalan & accompanied pensyarah-pensyarah from one booth to another booth.

Hari Selasa (21hb April 2009), aku mengiringi Legal Officer (Puan Zurina) mencari buku-buku law & legal untuk rujukan dia.  Aku pi dalam jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari.  Lepas tu aku ke Legends Hotel untuk menghadiri jamuan tengahari sempena persaraan Puan Sharipah Hanon Bidin (our Chief Librarian) yang akan bersara pada 15hb Mei 2009.  Majlis ini adalah anjuran HR office.  Hampir semua top management, HOD & library staff  hadir.  Foods kat sini memang best!

Hari Khamis (23hb April 2009) aku sekali lagi ke KLIBF.  Kali ni aku bawa staff dari Finance Department dan Corporate Planning Unit.  Hari ni aku dapat memilih buku-buku light reading & non-fiction.  Banyak jugak aku pilih.  Lepas pilih buku, kami berhenti rehat untuk lunch di Riverside PWTC.  Makanan menyelerakan!

Hari Jumaat (24hb April 2009), aku dan kawan-kawan p solat Jumaat di Masjid Negara.  Lepas makan nasik minyak, aku beli belt baru.  Kat sini aku jumpak Mazri yang kini bekerja di Asia e-University (AeU).

Hari Sabtu (25hb April 2009), aku, Julia & Sofea telah ke Jalan TAR untuk shopping hiasan rumah.  Lepas shopping, kami lunch di gerai berdekatan Masjid India.  Kemudian kami ziarah Cik Aman & family di Setiawangsa.  Bawak ole-ole air tebu & otak-otak.  Lepas asar, kami ziarah ayah mentua di Kelana Jaya.  Cik Aman bawak masalodeh, ketupat nasi dan rendang ayam untuk dinner.  Jam 9.15 malam kami bertolak balik ke Putrajaya.

Written by pitt

April 29, 2009 at 10:16 am