Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Nilai hidup’ Category

Sofea ke tadika Alif Ceria

with 2 comments

Posting pertama untuk tahun 2011.

Hari Isnin baru ni aku menghantar Sofea ke Tadika Alif Ceria.  Tahun ni umur Sofea dah lima tahun (birthday lambat lagi…bulan Oktober nanti).  Tadika ni tidak jauh dari rumah.   Minggu ni orientasi dijalankan.  Kelas akan bermula minggu depan.  Aku tunggu sekejap, lihat gelagat Sofea.  Alhamdulillah Sofea dapat menyesuaikan diri, walaupun pada mulanya agak malu-malu.

Dalam kereta, Sofea rancak bercerita tentang tadika, teacher dan kawan baru.

“Ayah doakan Sofea akan dapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Sofea, amin.”

Written by pitt

January 5, 2011 at 2:48 pm

Posted in Bleach Journal, Nilai hidup, Sofea

Tagged with

16hb September

leave a comment »

Semalam adalah 16hb September, dikenali sebagai Hari Malaysia.   Rakyat Malaysia menyambut ulangtahun pembentukan Malaysia.  Buat pertama kalinya, kerajaan memberi cuti umum.  Cuti umum ini aku ambil kesempatan menziarahi saudara mara sempena Aidilfitri.

Thank you to all the fallen comrades yang berjuang membebaskan ibu pertiwi dari penjajah.  Moga Allah merahmati kalian.  Siapa kata, kita merdeka tanpa pertumpahan darah?

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:41 am

Eid mubarak 1431 hijrah

leave a comment »

Aku dan family telah pulang ke kampung halaman yang jauh nun di utara Semenanjung Malaya…mana lagi kalau bukan Langkawi.  Tahun ni giliran cuti di pejabat adalah seminggu sebelum raya, jadinya pada Sabtu 11hb September, kami telah pulang ke Langkawi dengan menaiki Air Asia.

Sepanjang berada di Langkawi, kami dapat bekumpul dengan ayah dan keluarga untuk menikmati iftar.  Di samping itu, persiapan raya juga dilakukan berperingkat-peringkat.  Kaum keluarga membuat ketupat, memasak rendang, dan sebagainya.  Julia mengambil kesempatan ini membuat biskut cornflakes dan kek buah.

Pagi Raya Pertama, kami beraya dan bermaafan sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Seusai solat, kami menziarahi pusara mak, tok dan tokwan.

Di rumah, kami telah berhimpun dan bergambar.  Tahun ni, Anas dan keluarga balik ke Langkawi pada hari ketiga.  Abg Hilmi tidak dapat cuti kerana bertugas.

Kami pulang ke Putrajaya pada hari kedua, penerbangan Air Asia pada sebelah malam.  Kepulangan kami disambut oleh Steve.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelana Jaya dan menziarahi pusara ayah mentua.  Kemudian, meneruskan perjalanan menziarahi saudara yang sakit di Hospital Sg Buluh.

Sebelah petang, kami menziarahi Jep dan mentuanya di Gombak.  Hampir Asar, kami tiba di rumah mak mentua.  Sepanjang minggu ini, aku dan Julia akan tinggal di rumah mentua kerana taska Sofea masih lagi bercuti.  Kami meminta mak mentua menjaga Sofea untuk tempoh seminggu ini.

Aidilfitri kali ini memang meriah, terutama di Langkawi.  Menerima kunjungan saudara, jiran dan kawan-kawan.  Kami juga berkesempatan menziarahi keluarga di sekitar Langkawi.

Raikan Aidilfitri selama sebulan.  Eratkan silaturrahim sesama kita.  Tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

Written by pitt

September 13, 2010 at 9:16 am

Posted in Bola sepak, Family, Langkawi, Nilai hidup

Tagged with ,

Zakat fitrah

with 2 comments

Minggu lepas, selesai solat tarawikh (seperti selalu aku buat lapan rakaat dan witir).  Aku berkesempatan membayar zakat fitrah untuk tahun ni kat Masjid Besi.  Kadar fitrah untuk tahun ni di Putrajaya adalah RM7.00 seorang.  Jadi aku membayar RM21.00 untuk aku sekeluarga.  Alhamdulillah.

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Diwajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum hari raya maka ia menjadi zakat fitrah yang maqbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”.

Written by pitt

September 2, 2010 at 12:00 pm

Iftar di rumah mentua

leave a comment »

Sabtu lepas, lepas bekerja aku ke rumah mentua untuk berbuka puasa dengan mentua dan adik ipar.  Majlis disertai juga oleh Cik Aman dan family dari Setiawangsa.  Julia masak daging salai dan keli masak lemak (pakej segera dari frozen mart).  Ditambah lagi dengan bubur lambok dan pengat pisang dari gerai Che Ida.  Juga kuih buah melaka kegemaran aku.  Cik Aman membawa mee goreng dan bubur lambok Kampung Baru sebagai juadah tambahan.  Kami berbuka dengan santai sambil berbual-bual.  Cik Aman memang rapat dengan kami sekeluarga.  Orangnya mudah dibawa berbincang dan cool. Rancangan untuk iftar di Dewan Felda dibincang bersama dan masing-masing bersetuju dengan tarikh 22hb Ogos yang dipilih oleh Cik Ana.

Jam 10.30 malam kami pulang semula ke Putrajaya.  Alhamdulillah, syukur kerana dapat meluangkan masa berharga bersama keluarga untuk iftar ini.

Written by pitt

August 16, 2010 at 3:42 pm

Berterawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

leave a comment »

picture courtesy from http://www.islam.gov.my

Usai berbuka puasa malam tadi, aku bersolat isyak dan terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (juga dipanggil orang sebagai Masjid Besi).  Ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke sini lantaran kesibukan atau kadang-kadang buat-buat sibuk.   Julia tidak ikut serta kerana kakinya terseliuh di pejabat pada hari pertama puasa.

Alhamdulillah, malam tadi dapat menunaikan solat sunat terawih dan witir dengan tenang.  Solat terawih diimamkan oleh imam yang didatangkan khas dari Timur Tengah.  Bacaannya begitu baik dan ketika imam membacakan ayat Amana rasul (dari surah al-Baqarah). Ingatan terhadap arwah mak yang selalu membaca ayat ni setiap kali lepas solat menjelma.  Selesai 8 rakaat sunat terawih, aku berpisah dari jemaah untuk menunaikan sunat witir sendirian.

Selepas tu, aku ke Restoran Haji Tapah di Presint 15 untuk menikmati supper bersama Sabri, Fadzilah, abang Fadzil dan kak Kamaliah.  Sekeping tosei dan dua gelas nescafe tarik sudah cukup untuk aku.  Hehehehe…

picture courtesy from syarq.wordpress.com

Written by pitt

August 13, 2010 at 9:26 am

Hampir Ramadhan

leave a comment »

Tak lama lagi Ramadhan menjelma.  Rindu aku pada arwah mak datang menerpa.  Teringat juadah mak untuk berbuka.  Antaranya nasi kerabu, gulai keladi, buah melaka, cucuq kurma, ayaq timun dan sirap selasih.

Setiap kali mak kejutkan bangun soq (sahur), aku adalah anak mak yang liat bangun…hehehehe…  Mak pesan, bangunlah sahur supaya nanti tak penat waktu berpuasa di siang hari.  Kadang-kala aku cuma bangun minum teh dan makan cucuq saja.

Banyak kenangan bersama arwah mak.  Moga mak bahagia di sana. Amin.

Written by pitt

July 27, 2010 at 10:41 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Nilai hidup

Tagged with , ,