Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Langkawi’ Category

Eid mubarak 1431 hijrah

leave a comment »

Aku dan family telah pulang ke kampung halaman yang jauh nun di utara Semenanjung Malaya…mana lagi kalau bukan Langkawi.  Tahun ni giliran cuti di pejabat adalah seminggu sebelum raya, jadinya pada Sabtu 11hb September, kami telah pulang ke Langkawi dengan menaiki Air Asia.

Sepanjang berada di Langkawi, kami dapat bekumpul dengan ayah dan keluarga untuk menikmati iftar.  Di samping itu, persiapan raya juga dilakukan berperingkat-peringkat.  Kaum keluarga membuat ketupat, memasak rendang, dan sebagainya.  Julia mengambil kesempatan ini membuat biskut cornflakes dan kek buah.

Pagi Raya Pertama, kami beraya dan bermaafan sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Seusai solat, kami menziarahi pusara mak, tok dan tokwan.

Di rumah, kami telah berhimpun dan bergambar.  Tahun ni, Anas dan keluarga balik ke Langkawi pada hari ketiga.  Abg Hilmi tidak dapat cuti kerana bertugas.

Kami pulang ke Putrajaya pada hari kedua, penerbangan Air Asia pada sebelah malam.  Kepulangan kami disambut oleh Steve.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelana Jaya dan menziarahi pusara ayah mentua.  Kemudian, meneruskan perjalanan menziarahi saudara yang sakit di Hospital Sg Buluh.

Sebelah petang, kami menziarahi Jep dan mentuanya di Gombak.  Hampir Asar, kami tiba di rumah mak mentua.  Sepanjang minggu ini, aku dan Julia akan tinggal di rumah mentua kerana taska Sofea masih lagi bercuti.  Kami meminta mak mentua menjaga Sofea untuk tempoh seminggu ini.

Aidilfitri kali ini memang meriah, terutama di Langkawi.  Menerima kunjungan saudara, jiran dan kawan-kawan.  Kami juga berkesempatan menziarahi keluarga di sekitar Langkawi.

Raikan Aidilfitri selama sebulan.  Eratkan silaturrahim sesama kita.  Tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

Written by pitt

September 13, 2010 at 9:16 am

Posted in Bola sepak, Family, Langkawi, Nilai hidup

Tagged with ,

Sambutan Aidilfitri

leave a comment »

Hari Pertama

Hari ni dah 14 Syawal umat Islam merayakan ‘kemenangan’.  Alhamdulillah.  Perayaan kali ini, pada raya pertama, aku sekeluarga beraya di rumah mentua di Kelana Jaya.  Selesai solat sunat, bermaafan dan sarapan kami telah bertolak ke Tanah Perkuburan Islam  SS2 untuk menziarahi pusara arwah abang ipar.  Lepas tu kami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah BB Bangi untuk membuka stitch di kening kanan Sofea.  Beberapa hari sebelum raya, Sofea telah terhantuk coffee table kat rumah dan telah dijahit sebanyak 2 jarum.  Syukur semua selamat dan dah sembuh.

Selesai urusan di Azzahrah, baru kami bergerak ke kampung mak mentua aku di Kampung Renggoh, Johol.  Lebuhraya agak lengang dan lancar.  Aku jadi co-pilot kerana perlu menyimpan tenaga bagi pemanduan pada pagi raya kedua pulang ke kampung di Langkawi.

Kami telah menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Johol dan Tampin.  Selepas solat jama’ Maghrib dan Isyak, kami bertolak balik ke Kelana Jaya dan selamat sampai di rumah pada jam 10 malam.

Hari Kedua

Jam 5.30 pagi, kami bertolak ke kampung.  Singgah di Hentian Tapah untuk solat Subuh. Kami sampai di jeti Kuala Perlis pada jam 11 pagi dan kemudian menaiki feri jam 12.30 tengahari (yang bertolak pada jam 1 tengahari, macam ni la selalu feri ke Langkawi tak pernah tepat waktu!).  Kami tiba di Langkawi sekitar jam 2 petang dan diambil oleh adik aku, Anas.  Tempat pertama yang kami singgah adalah pusara Allahyarham mak aku.  Ziarah dan berdoa serta sedekah fatihah.  Kemudian kami balik ke rumah yang hanya 3 minit pemanduan.  Di rumah, kami disambut dan beraya dengan ayah,Kak Sitah, Kak Kinah dan anak2 serta Aizah (isteri Ana) dan anak.  Makan tengahari ni kak Kinah masak soto. Pergghhh!!! Sedap dan menyelerakan ditambah dengan lapar jugak. Hahahaha.  Petang tu, kami ke Kampung Kisap untuk menziarahi Makcik Asiah.  Malam, kami berehat di rumah sahaja.  Sebelah malam kami beraya di rumah Abang Ilias. Balik dari rumah abang Ilias, singgah beli nasi goreng kerabu dan nasi goreng ikan masin untuk dimakan bersama kelaurga di rumah.  Tidur awal keletihan.

Hari Ketiga

Tengahari tu kami keluar beraya di Kampung Penarak, menziarahi beberapa saudara mara di sini.  Balik dari sana, kami singgah di Pekan Kuah melakukan aktiviti wajib membeli belah.  Sebelah malam pergi ke rumah good friend aku, Ed.

Hari Keempat

Jam 11 pagi aku menghantar ayah untuk dialisis di Hospital Langkawi. Kemudian aktiviti shopping diteruskan untuk hari kedua. Hahahaha.  Jam 4.00 petang ambil ayah dari dialisis.  Lewat petang kami ke rumah Kak Kinah untuk beraya.  Hampir Maghrib, singgah ziarah sepupu aku, Sujairi.  Sebelah malam, nak pi main boling tapi dah penuh sebab ada tournament.  Nak tengok wayang pun dah terlepas hampir setengah jam cerita Jin Notti.  Pilihan lain, kami sekeluarga ke gerai makan berhampiran Sungai Kuah untuk menikmati makan malam.

Hari Kelima

Kami bertolak balik ke Kuala Perlis dengan menaiki feri pada jam 10 pagi.  Tiba di Kuala Perlis pada jam 11.20 pagi dan kemudian bertolak ke Alor Star.  Rancangan awal ke rumah Mak Chaq di Alor Merah dibatalkan kerana Mak Chaq tiada di rumah.  Kami terus ke rumah Abang Pie dan Abang Latif di Taman Rakyat, Mergong.  Selepas ziarah di sana, kami bertolak ke Sungai Petani untuk menziarahi Mak Teh.  Dalam perjalanan ke sana, kami singgah makan tengahari di Stesen Bas Ekspress (selepas mencari kedai makan – kebanyakan masih tutup).  Singgah ziarah bertanya khabar Mak Teh yang kena stroke hampir 5 tahun lalu.  Jam 5.00 petang, kami bergerak ke Kampung Lahar Yooi, Sg Dua untuk bermalam di rumah mentua Anas.  Malam tu kami beramai-ramai keluar makan char koew teow udang Sg dua yang famous.  Pelanggannya begitu ramai dan sesak.  Kalau sesaper nak singgah, ble ke sana dengan melalui exit Sg Dua.  Kedai ni kat sebelah kiri.

Hari Keenam

Kami bertolak balik ke Putrajaya pada jam 11.30 pagi.  Sebelum tu, Abg Mi dan keluarga dan menziarahi Anas dan keluarga. Lebuhraya dah mula sesak.  Kami tiba di Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Hari Ketujuh

Kami pergi kenduri kahwin di Presint 8.  Kemudian, lewat petang kami menerima kunjungan ayah mentu dan keluarga, Jep dan keluarga, Pak Long Sidek sekeluarga, Pak Ngah Malik sekeluarga.  Disebabkan belum ke pasar, kami hanya sempat menjamu mereka dengan satay sahaja.  Malam tu, Ayah mentua dan Jep bermalam di rumah.  Julia telah memasak koew teow hailam untuk hidangan makan malam.

Hari Kelapan

Jam 11 pagi, aku menghantar Wani balik ke asrama.  Manakala Julia dan Sofea telah mengikuti Jep dan mak mentua aku ke Senawang untuk beraya.  Aku menyusul kemudian.  Jam 6.30 petang, kami bertolak balik ke Kelana Jaya.  Selepas berehat, kami bertolak balik ke Putrajaya.

Hari Kesembilan

Start kerja…workload bertimbun!

Written by pitt

October 3, 2009 at 1:00 pm