Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘English Premier League’ Category

Liverpool oh Liverpool!

leave a comment »

Minggu lepas dan minggu ni amat thrill bagi penyokong-penyokong Liverpool.  Macam-macam drama berlaku.  Aku tak mau ulas lanjut sebab cerita tentang Liverpool ni bersepah kat internet.  Apa-apa pun aku & penyokong Liverpool lain mengharapkan ‘at the end of the storm, is a golden sky’.

You’ll never walk alone.

 

Written by pitt

October 11, 2010 at 4:59 pm

EPL musim 2010/11 bermula malam ni

leave a comment »

Captain Marvel Steven Gerrard (picture courtesy by Dailymail UK)

Malam ni perlawanan pertama untuk minggu pertama EPL musim 2010/11 akan bermula.  First game at 7.40 pm, between Tottenham Hotspurs vs Man City.  Nampak gaya game ni tak dan nak tengok pasai sibuk dengan berbuka posa dan maghrib di rumah mentua di Kelana Jaya.  Jojo tak subscribe sports channel.  Aku cuba tengok game Aston Villa vs West Ham pada jam 9.55pm kat rumah malam ni.

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh aku tentunya melibatkan pasukan yang aku sokong sejak dulu lagi, Liverpool.  Depa akan menyambut kunjungan team yang disokong oleh Gohok, Arsenal.  Boleh layan game ni lepas terawih.  Super Sunday ni pada jam 10.55pm. Good luck to Roy Hodgson & the team.

Written by pitt

August 14, 2010 at 1:00 pm

Final WC 2010

leave a comment »

Akhirnya dah dinobatkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia edisi 2010 di Africa Selatan.

…………………..

Mula-mula aku support team Argentina, tapi kalah di suku akhir kepada German.  Bila final aku support Belanda, kalah jugak.

Demam dah kebah. Hidup aku kembali normal.  Tak lama lagi layan EPL pulak.  Liverpool di bawah kendalian Roy Hodgson.  Benitez dah menamatkan kontrak ‘mutual consent’ dgn Liverpool.  Come on Liverpool, YNWA!

Written by pitt

July 13, 2010 at 4:19 pm

Liverpool belasah West Ham

leave a comment »

Pagi ni Liverpool menang lagi. Kali ni belasah West Ham United 3 bijik tanpa balas.  Gol-gol dijaringkan oleh Steven Gerrard (minit 8 dan 38) dan sebijik lagi oleh Ryan Babel.  La ni Liverpool memintas tempat MU ke tangga pertama dengan berkongsi 80 mata tetapi mempunyai kelebihan gol.

Patutla petang ni aku pakai jersi Liverpool…. 

Well done Liverpool!

Written by pitt

May 10, 2009 at 2:48 am

Hull 1 – Liverpool 3

leave a comment »

Hari Sabtu baru ni, Liverpool telah berkunjung ke KC Stadium untuk menentang Hull City.  Game start at 9.55 pm (Malaysia time).

Aku cuma menonton untuk first half saja, bila menyaksikan Xabi Alonso menjaringkan gol selepas reflected from his free-kick.

Gol-gol The Reds yang lain dijaringkan oleh Dirk Kuyt.  Gol Hull City dijaringkan oleh Geovanni.

Kini Liverpool di tangga kedua di belakang MU with one game in hand.

Written by pitt

April 29, 2009 at 10:27 am