Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

Archive for the ‘Aku’ Category

Aceh 15 & 16hb Jun (hari ketiga dan keempat)

leave a comment »

Selasa – 15hb Jun 2010

Jam 7.30 pagi, Abg Iskandar, aku dan Asif telah menghantar ayah untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Tengku Fakinah.  Manakala Julia, Sofea dan Kak Kinah telah dihantar oleh Putri pergi spa.

Setelah selesai rawatan dialisis, kami telah pergi makan tengahari di sebuah restoran (aku tak ingat nama).  Makanan kat sini sedap juga.  Perjalanan pergi tu, aku nampak masih banyak lagi kawasan yang tidak dibangunkan semula (maybe mereka dah berhijrah atau meninggal semasa tsunami).

Pulang ke rumah, kami berehat.  Selepas Asar, kami keluar semula bersiar-siar sekitar Aceh.  Dinner di rumah saudara, Cut Dek.

Sebelah malam, aku & Syeich keluar minum (ngopi) lagi.  Malam ni Owie tidak turut serta kerana outstation.

Rabu – 16hb Jun 2010

Sesudah sarapan, aku menemani abg Iskandar ke pasar.  Kat sini ikan besar-besar dan murah-murah.  Selepas beli ikan dan sayur, kami pulang ke rumah.  Kemudian keluar lagi, kali ni pi shopping sedikit cenderahati.  Selepas Asar, kami pergi melihat kapal Apung.  Kapal ini terdampar di darat sejauh 3 km.  Sekarang kapal ini adalah monumen sejarah tsunami. Usai di kapal Apung, kami menziarahi Makam Besar Siron.  Sebahagian mangsa tsunami dikebumikan di sini.

Sebelah malam, Owie pulang dari outstation.  Bawa balik durian yang dibeli di Meulaboh.  Kami makan durian…sedap betul. lebih sedap dari durian di Malaysia.

Ngopi lagi bersama Owie, Syeich dan abg Pin sambil menonton bolasepak World Cup.  Kat kedai makan di Banda Aceh ni ramai remaja melepak sambil surf internet terutama FB.  Dah jadi kegilaan remaja di sini.  Rata-ratanya akan mengusung laptop.

Written by pitt

June 26, 2010 at 11:37 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Keluarga, Trip

Tagged with

Aceh 14hb Jun (hari kedua)

leave a comment »

Jam 9.00 pagi, kami berangkat ke Sanggue, Sigli.  Perjalanan sejauh 100km lebih mengambil masa 4 jam.  Jalan berliku-liku.  Tujuan kami ke sana adalah untuk menziarahi dua orang sepupu ayah aku iaitu Pak Rahman dan Pak Ali.  Sanggue ni adalah kawasan pedalaman di timur pulau Sumatera.  Masih dalam provinsi Aceh.  Kami singgah di Pidie untuk menjamu makanan tengahari.  Makan masakan Aceh di Restoran Dua Berlian.  Selesai menjamu selera, kami bertolak ke Sanggue yang tidak jauh dari Pidie.  Di Sanggue kami beramah mesra dengan keluarga di sana.  Keadaan yang dhaif menginsafkan kami.  Pemandangan dan kehidupan di sini masih banyak yang tertinggal.  Mereka menyara hidup dengan bertani, sebahagian besar adalah pesawah.  Perjalanan pulang, kami singgah makan mee kepiting (ketam).  Besar-besar ketam kat sini.  Menyelerakan.  Selesai makan, kami bergerak pulang.  Sampai di Banda Aceh pada jam 8 malam.

Written by pitt

June 26, 2010 at 11:21 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Keluarga, Trip

Tagged with

Kunjungan ke Aceh 13hb Jun 2010 (hari pertama)

leave a comment »

Setelah beberapa lama tak memblog…ari ni aku rajin sbb sebelum ni malaih nak rak.  Aku nak update kunjungan ke Aceh bersama family pada 13hb Jun lalu.  Kami berenam (Aku, Julia, Sofea, Ayah, Kak Kinah dan Asif) menaiki pesawat AirAsia dari LCCT ke Banda Aceh.  Kami tiba di sana jam 1.45 pm waktu Indonesia.  Disambut oleh abang Iskandar, Betty, Syeich, Putri dan ramai lagi…rasanya macam baru balik dari Makkah.  Keluarga di sini amat menyantuni kami sepanjang berada di Aceh.  Layanan 5 bintang.

Kami terus dibawa ke kediaman Betty di Villa Citra untuk lunch.  Disajikan dengan masakan Ach.  Begitu enak sekali.  Perbualan menggunakan bahasa Melayu, Indonesia dan Aceh.  Bila guna bahasa Aceh, aku melopong la..ayah aku saja yang paham. hahahahaha…

Ini adalah kunjungan pertama aku ke Aceh.  Ayah pula, ini adalah kunjungan kedua.  Selepas lunch dan berbual-bual, kami pulang ke rumah abang Iskandar.  Kami bermalam di rumah Putri (anak sulung abg Iskandar).  Rumahnya hanya dipisahkan oleh garaj kereta sahaja.

Usai Asar, kami telah bersiar-siar ke kawasan yang dilanda tsunami.  Memang hebat ujian Allah ke atas mereka ini.  Masih terdapat kesan kerosakan.  Pembangunan semula ada dilakukan oleh pemerintah di sana, di samping mendapat bantuan luar.  Kami ke menziarahi makam Syiah Kuala (makam ni tak terjejas walaupun kawasan sekitar rosak teruk).  Juga melawat perahu nelayan di atas bumbung rumah di Kampung Lampulo.

Kami singgah solat Maghrib di Masjid Raya (Baitur-Rahman).  Kemudian pulang ke rumah abg Iskandar untuk jamuan makan malam.  Lepas makan malam, aku, Owie, Syeich dan Hendra pergi mengopi kat luar…aku diperkenalkan dengan jus alpokat (avocado).  Pergghhh memang sedap.

Nak tengok gambar, boleh layari fb Julia.

Written by pitt

June 25, 2010 at 7:22 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Keluarga, Trip

Tagged with

Trip ke Aceh 13hb Jun

with 2 comments

Pagi tadi aku dah beli tiket ke Aceh. Flight Air Asia pada 13 Jun 2010 nanti.  Bercadang menziarahi saudara mara di sana.  Tokwan & Tok aku asai sana.  Anggota trip terdiri dari aku, Julia, Sofea, ayah, kak Sakinah dan anaknya, Asif.  Kami akan berada di sana sehingga 17hb Jun 2010.  Madie, trip ke UK akan diberitahu kelak.  Tunggu.. Errr hang dok Leeds sehingga bila?

Written by pitt

May 25, 2010 at 11:54 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Family, Trip

Tagged with

Judi bolasepak

with 2 comments

Hari ni aku nak kongsi perasaan aku tentang keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan bola sepak bersempena World Cup.  Apa-apa pun alasan pak menteri tu, aku menentang sepenuhnya perjudian ini.  Judi/ pertaruhan sudah jelas haram di sisi agama.  Banyak impak negatif kepada individu, masyarakat & negara. Noktah!

Written by pitt

May 19, 2010 at 11:08 am

Posted in Aku, Bleach Journal, Current affairs

Tagged with ,

Isnin yang blues

with 3 comments

Cadang nak off day hari ni, tapi tak sempat apply.  Jadi aku mai aja ke office seperti biasa.  Buat kerja yang banyak….menyelesaikan request dari pelajar dan pensyarah.  Nak settle kerja hari ni juga supaya aku boleh off day esok hari.  Hahahaha..

Malam tadi menebeng dengan anak-anak saudara (Sabri, Akmal & Faiz) aku kat PitStop berhampiran MFI Bangi sehingga hampir jam 12 tengah malam.  Makan keropok lekor dan nes panas.  Macam-macam perkara kami bual…hahahahaha… lama tak jumpa, Akmal baru balik dari Birmingham petang semalam.

Apa-apa pun, bos dah lulus cuti. Nak buat apa ya esok? Belum ada apa-apa perancangan.  Lupakan saja blues pada hari ni…

Apa yang aku meraban ni?

Written by pitt

May 17, 2010 at 4:15 pm

Posted in Aku, Bleach Journal

Tagged with

Tetamu dari Acheh

leave a comment »

Hari ni aku kerja dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang.  pas ni nak jemput sedara (Betty, Iskandar, Putri dan Aliya) dari Acheh di sebuah hotel di Bukit Bintang.  Depa ada di sini sejak hari Rabu lagi.  Khamis lepas bawa depa p medical check-up di Ampang Puteri.  Lepas tu, p lunch kat belakang Istana Negara (juga dikenali Jalan Bellamy).  Makan ikan bakaq, ulam dan ayam kampung.  Pergghhh, sedap betul! lama tak mai sini.  Walaupun dekat dengan opis, tapi kat sini parkir agak sukar. Biasa la, tempat makan sedap mesti la orang bertumpu nak makan.  Sesudah makan, kami ke KLCC.  Cadang nak bergambar di luar tu, kat tepi kolam tapi sempat ambil gambar beberapa keping ja.  Hujan turun mencurah-curah lebat.  Berlegar-legar dalam Suria sekejap, kemudian pulang ke Putrajaya.

Singgah makan kat Ali Bistro untuk minum petang.  Order roti canai, roti naan dan ayam tandoori.  Lepas  maghrib ke Brother’s Corner, menjamu satay, tauhu bakar, bihun goreng, char koteow.

Pagi Jumaat, aku hantar depa menginap di hotel di BB.  Esok depa akan berangkat pulang.

Aku sekeluarga merancang untuk membuat kunjungan ke Acheh dalam masa terdekat ini.  Bersilaturrahim dengan saudara di sana.  InsyaAllah.

Written by pitt

May 15, 2010 at 12:59 pm

dah bersawang

with 3 comments

dah lama tak update..dah bersawang laman ni. la ni dok asyik dengan facebook. nanti lah aku update blog ni.

Written by pitt

May 12, 2010 at 12:47 pm

Posted in Aku, Bleach Journal

Esok cuti panjang

leave a comment »

Esok aku start cuti panjang sehingga 17hb Februari 2010.  Nape? Aku dan family akan pi vacation ke Pantai Timur.  Kami akan p dengan Kak Kinah, Ilie dan Wani, bermula Ahad ni.  Malam ni, aku nak pi ambik Kak Kinah dan Ilie kat LCCT. Depa dijangka sampai dari Langkawi pada jam 11.40 malam.

Written by pitt

February 11, 2010 at 7:02 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Family

mana dia p pulak dah?

leave a comment »

kawan-kawan sorry ‘aa tadi aku tengah update layout lepas tu link hangpa semua ilang kat front page blog ni.  aku dah cuba sedaya upaya nak up balik tapi tak keluaq.  nanti aku try lagi…la ni busy dok mengadap student yg byk cekadak ni.

Written by pitt

February 6, 2010 at 1:10 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Merapu