Sofea ke tadika Alif Ceria
Posting pertama untuk tahun 2011.
Hari Isnin baru ni aku menghantar Sofea ke Tadika Alif Ceria. Tahun ni umur Sofea dah lima tahun (birthday lambat lagi…bulan Oktober nanti). Tadika ni tidak jauh dari rumah. Minggu ni orientasi dijalankan. Kelas akan bermula minggu depan. Aku tunggu sekejap, lihat gelagat Sofea. Alhamdulillah Sofea dapat menyesuaikan diri, walaupun pada mulanya agak malu-malu.
Dalam kereta, Sofea rancak bercerita tentang tadika, teacher dan kawan baru.
“Ayah doakan Sofea akan dapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Sofea, amin.”
Advertisement
Nasib baik…budak-budak tara nak besa, esok-esok dah ada konsert semua, mesti lagi banyak dia bercerita
adi
January 13, 2011 at 5:00 pm
adi, saya pun kena belajaq A Ba Ca Da….hihihi
pitt
January 14, 2011 at 3:08 pm