Bleach Journal: At My Most Beautiful

Cerita klasik untuk masa depan

KPI

leave a comment »

KPI* dah diisi, dah diedit beberapa kali dan telah dihantar sejak semalam.  Boss belum panggil lagi ni.  Jam dah dekat pukul 3.00 pm.

*Key Performance Index

Written by pitt

January 14, 2011 at 3:03 pm

Posted in Aku, Bleach Journal, Office

Sofea ke tadika Alif Ceria

with 2 comments

Posting pertama untuk tahun 2011.

Hari Isnin baru ni aku menghantar Sofea ke Tadika Alif Ceria.  Tahun ni umur Sofea dah lima tahun (birthday lambat lagi…bulan Oktober nanti).  Tadika ni tidak jauh dari rumah.   Minggu ni orientasi dijalankan.  Kelas akan bermula minggu depan.  Aku tunggu sekejap, lihat gelagat Sofea.  Alhamdulillah Sofea dapat menyesuaikan diri, walaupun pada mulanya agak malu-malu.

Dalam kereta, Sofea rancak bercerita tentang tadika, teacher dan kawan baru.

“Ayah doakan Sofea akan dapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Sofea, amin.”

Written by pitt

January 5, 2011 at 2:48 pm

Posted in Bleach Journal, Nilai hidup, Sofea

Tagged with

Liverpool oh Liverpool!

leave a comment »

Minggu lepas dan minggu ni amat thrill bagi penyokong-penyokong Liverpool.  Macam-macam drama berlaku.  Aku tak mau ulas lanjut sebab cerita tentang Liverpool ni bersepah kat internet.  Apa-apa pun aku & penyokong Liverpool lain mengharapkan ‘at the end of the storm, is a golden sky’.

You’ll never walk alone.

 

Written by pitt

October 11, 2010 at 4:59 pm

Secangkir nescafe, sebungkus nasi lemak

leave a comment »

Hujan di luar sana

Suasana dingin menerpa perjalanan ke pejabat

Makcik menjual nasi lemak berpayung mencari rezeki

Setia di tepi jalan menunggu pelanggan

Ada yang tetap, ada yang tidak

Pesanan diterima, duit bertukar tangan

Di pejabat, nasi dijamah bersama teman

Nescafe panas sebagai peneman

Aromanya begitu asyik

Dapat menyegarkan pagi yang suram

Kuala Lumpur – 17hb September 2010

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:49 am

16hb September

leave a comment »

Semalam adalah 16hb September, dikenali sebagai Hari Malaysia.   Rakyat Malaysia menyambut ulangtahun pembentukan Malaysia.  Buat pertama kalinya, kerajaan memberi cuti umum.  Cuti umum ini aku ambil kesempatan menziarahi saudara mara sempena Aidilfitri.

Thank you to all the fallen comrades yang berjuang membebaskan ibu pertiwi dari penjajah.  Moga Allah merahmati kalian.  Siapa kata, kita merdeka tanpa pertumpahan darah?

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:41 am

Post-aidilfitri

leave a comment »

Aku dah masuk ke pejabat sejak Isnin yang lalu.  Di pejabat, suasana bosan kerana ramai lagi yang bercuti panjang.  Bila cuti raya ni, masalah utama adalah nak cari kedai makan.  Maklumlah, kedai makan di KL rata-rata dimiliki oleh perantau.  Setiap kali cuti raya, kedai-kedai makan ditutup untuk tempoh yang lama.  Alternatifnya, beli burger kat McD.

Written by pitt

September 17, 2010 at 10:36 am

Eid mubarak 1431 hijrah

leave a comment »

Aku dan family telah pulang ke kampung halaman yang jauh nun di utara Semenanjung Malaya…mana lagi kalau bukan Langkawi.  Tahun ni giliran cuti di pejabat adalah seminggu sebelum raya, jadinya pada Sabtu 11hb September, kami telah pulang ke Langkawi dengan menaiki Air Asia.

Sepanjang berada di Langkawi, kami dapat bekumpul dengan ayah dan keluarga untuk menikmati iftar.  Di samping itu, persiapan raya juga dilakukan berperingkat-peringkat.  Kaum keluarga membuat ketupat, memasak rendang, dan sebagainya.  Julia mengambil kesempatan ini membuat biskut cornflakes dan kek buah.

Pagi Raya Pertama, kami beraya dan bermaafan sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Seusai solat, kami menziarahi pusara mak, tok dan tokwan.

Di rumah, kami telah berhimpun dan bergambar.  Tahun ni, Anas dan keluarga balik ke Langkawi pada hari ketiga.  Abg Hilmi tidak dapat cuti kerana bertugas.

Kami pulang ke Putrajaya pada hari kedua, penerbangan Air Asia pada sebelah malam.  Kepulangan kami disambut oleh Steve.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelana Jaya dan menziarahi pusara ayah mentua.  Kemudian, meneruskan perjalanan menziarahi saudara yang sakit di Hospital Sg Buluh.

Sebelah petang, kami menziarahi Jep dan mentuanya di Gombak.  Hampir Asar, kami tiba di rumah mak mentua.  Sepanjang minggu ini, aku dan Julia akan tinggal di rumah mentua kerana taska Sofea masih lagi bercuti.  Kami meminta mak mentua menjaga Sofea untuk tempoh seminggu ini.

Aidilfitri kali ini memang meriah, terutama di Langkawi.  Menerima kunjungan saudara, jiran dan kawan-kawan.  Kami juga berkesempatan menziarahi keluarga di sekitar Langkawi.

Raikan Aidilfitri selama sebulan.  Eratkan silaturrahim sesama kita.  Tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

Written by pitt

September 13, 2010 at 9:16 am

Zakat fitrah

with 2 comments

Minggu lepas, selesai solat tarawikh (seperti selalu aku buat lapan rakaat dan witir).  Aku berkesempatan membayar zakat fitrah untuk tahun ni kat Masjid Besi.  Kadar fitrah untuk tahun ni di Putrajaya adalah RM7.00 seorang.  Jadi aku membayar RM21.00 untuk aku sekeluarga.  Alhamdulillah.

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Diwajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum hari raya maka ia menjadi zakat fitrah yang maqbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”.

Written by pitt

September 2, 2010 at 12:00 pm

Iftar di luar

leave a comment »

Pada hari Khamis lepas, aku, Julia dan Sofea telah berbuka puasa di Bayou kat Alamanda.  Buffet Ramadhan RM39.00 sorang.  Pada mulanya Julia merancang dengan dua orang staffnya untuk berbuka di situ, tetapi pada minit akhir hanya kami bertiga sahaja yang berbuka.  Masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Oleh kerana Julia telah buat reservation, maka kami perlu hadir ke sana.

Lauk-pauk yang dihidangkan menyelerakan.  Berbuka sedikit dahulu, kemudian aku terus ke surau untuk solat Maghrib.  Selesai solat, aku sambung balik makan.  Macam-macam ada! Kambing bakar, tempura, mee rebus, spaghetti tomyam dan lain-lain lagi.

______________________________________

Pihak OUM telah menganjurkan majlis iftar staff kumpulan Meteor.  Seperti biasa, sumbangan raya dan zakat diberikan.  Ada dua persembahan nasyid, tazkirah dan bacaan al-Quran.  Aku & rakan-rakan telah mempersembahkan sebuah lagu nasyid kepada tetamu yang hadir.  Solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah telah diadakan.  Kali ini, jamuan nasi minyak kepada semua yang hadir.

______________________________________

Shahril telah sudi menjadi tuan rumah untuk pot luck iftar tahun ini.  Staff tempat aku bekerja saban tahun akan membuat majlis iftar, samada secara pot luck atau makan buffet.  Tahun ni Julia telah membuat ikan kembung rebus + air asam.  Ada rakan-rakan yang menyumbangkan ayam golek, ulam-ulaman, kuih-muih dan sebagainya.  Majlis iftar selesai lebih kurang jam 9.30 malam.

______________________________________

Tahun ini, Cik Aman dan Cik Ana telah merancang berbuka puasa di Dewan Perdana Felda.  Kami tiba pada jam 7.15 malam.  Yang membuatkan aku teruja adalah kerana meja makan aku berdekatan dengan gerai kambing golek.  Hahahaha…  Di sini hidangan sebanyak 88 jenis makanan.  Tapi tak semua aku makan.  Makanan di Felda ni memang mantap dan tidak mengecewakan.  Pelbagai masakan kampung dihidangkan.  Jam 9.30 malam, kami pulang ke rumah dengan kekenyangan.

Mohon maaf gambar tak der, sebab sibuk mencuba pelbagai jenis masakan. Hahahahaha…

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kurniaan rezekiNya.

Written by pitt

August 23, 2010 at 1:52 pm

PC oh PC!

leave a comment »

Dah 3 hari PC aku kat ICT department, pasai kena virus.  Dah tahap kronik dan perlu diformat baru.  Tadi aku call depa tanya dah siap ka belum? “Dah siap, hang boleh mai ambik.” jawab seseorang dari ICT.  Sekoyong-koyong aku naik ambik dan bawak turun dari level 3.  Bila dah selesai pasang PC kat workstation aku tu, aku on dan belek2 la apa yang patut. Hmm…kena install beberapa application lain.  “Mun, mintak tolong connect dgn network, install virtua, MO2007, bla…bla….bla”, pinta aku kat Mun.

_____________________________

“Pitt depa tak format pun PC hang ni.  Virus banyak lagi ni!”, tegas Mun.  “Depa cuma reinstall ja”, sambung Mun lagi tanpa aku minta penjelasan lanjut.

“Hang buat la apa yang patut, janji ok”, balas aku.

Nasib baik hari ni, Shahril cuti boleh la aku menggunakan PC kat tempat dia untuk membuat kerja.

Written by pitt

August 19, 2010 at 10:19 am

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.